Wednesday, May 30, 2012

HKSBP ke 39 @ STAR, Ipoh

MOZAC menghantar 2 pasukan bahas iaitu pasukan Bahas Bahasa Melayu dan Bahas Bahasa Inggeris ke pertandingan tersebut. Seramai 8 orang guru MOZAC terlibat iaitu seorang ketua kontinjen, 2 orang guru pengiring, 4 orang hakim dan seorang pegawai teknikal ke STAR, Ipoh, Perak dari 25 - 29 Mei 2012. Dua orang bekas pelajar turut sama - sama menyertai dan membantu untuk pertandingan pada kali ini. Pembahas Bahasa Melayu terdiri daripada: 1. Nur Diyana Johan 2. Muhammad Nabil Md Sari 3. Amirah Zalil 4. Amirul Amin Mereka telah memenangi 2 perdebatan keatas SMS Tapah dan SMS Machang tetapi tewas kepada SDAR. Nur Diyana Johan dan Muhammad Nabil Md Sari juga berjaya menjadi pembahas terbaik dalam 2 perdebatan. Manakala pasukan Bahas Bahasa Inngeris diwakili oleh 1. Jananieswary Servai 2. Umar Hakim 3. Adlina bt Rahim 4. Syahmi Farid Pasukan Bahas Bahasa Inggeris juga memenangi 2 perbahasan menentang SERATAS dan STJ tetapi tewas kepada STF. Jananieswary Servai dan Adlina bt Rahim juga berjaya menjadi Best Speaker dalam 2 perbahasan. Tahniah diucapkan kepada semua para pembahas yang telah mewakili MOZAC walaupun tidak dapat mara ke perbahasan seterusnya. Terimakasih juga diucapkan ke pada dua org bekas pelajar iaitu Mohd Amar Bin Md Hilmi dan Ahmad Azri Bin Abdullah kerana telah membantu pasukan bahas sekolah. Ucapan terima kasih juga kepada para guru pengiting - En.Husaini Zakaria (BM) dan Puan Wan Hailah Wan Yahya (BI)dan juga para hakim Pn Azniza Azmi dan Pn. Hanita Rahim (BM) serta Pn Norizah Baba dan Pn. Rita Malina Rahmat (BI). Tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada 2 orang PK MOZAC yang turut serta dalam HKSBP pada tahun ini iaitu: 1. Cik Rosnah Osman ( AJK Teknikal Bahas Bahasa Melayu) 2. Tn. Hj Johan Osman (Ketua Kontinjen)
HKSBP kali ini turut memberi peluang kepada guru dan pelajar untuk mendengar titah ucapan dari DYTM Raja Muda Perak, Dr. Raja Nazrin Syah yang juga telah berkenan menjemput semua peserta dan guru untuk hadir ke Majlis Santapan Diraja, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.
Di HKSBP kali ini MOZAC berbangga kerana 2 orang bekas pelajar iaitu Ketua Pengawas 2011, Muhammad Asyraf Roslan dan Penolong Ketua Pengawas 2011, Alia Anin Bakri telah memerima Anugerah Warna penuh (full clour) SBP. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.

Monday, May 21, 2012

Jamuan Hari Guru Alumni MOZAC

Alumni MOZAC tealah mengadakan satu jamuan Hari Guru untuk semua guru dan bekas guru MOZAC bertempat di Hotel Permaisuri pada 19 Mei 2012. Terimakasih diucapkan kepada AJK Alumni MOZAC kerana telah mengadakan majlis tersebut.

Peristiwa Mei & Peperiksaan Pertengahan Tahun

Para pelajar tingkatan 1 - 5 MOZAC menduduki peperiksaan pertengahan tahun bermula dari 10 - 23 Mei 2012 bagi menguji tahap pencapaian akademik untuk setengah tahun pertama 2012. Diharapkan para pelajar dapat menjawab soalan dengan baik.
Sementara itu pasukan ragbi MOZAC telah berjaya mendapat tempat ke 3 dan beberapa orang pemain telah terpilih untuk pemilihan untuk pasukan negeri. Syabas diucapkan.
Seorang pelajar tingkatan 3 Omega, Mohd Idham Azlan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Besar , Melaka. Para guru dan rakan - rakan tingkatan 3 telah melawat beliau di hospital.Bacaan yasin dan sembahyang hajat juga telah dan sedang dilakukan sehingga beliau sembuh. Seluruh warga MOZAC mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dapat menyambung pembelajaran bersama. Insyaallah.

Hari Guru 2012

Sambutan Hari Guru 2012 telah diadakan pada 16 Mei 2012 di Dewan Sultan Muzaffar Syah. Acara di dewan dimulakan dengan bacaah perutusan hari guru oleh PK pentadbiran diikuti dengan persembahan dari para guru dan pelajar. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YDP PIBG dan YDP Alumni MOZAC. YDP PIBG telah menghadiahkan kad ucapan Hari Guru gergasi yang ditandatangani oleh para pelajar. Pada tahun ini PIBG MOZAC juga telah menaja jamuan Hari Guru 2012.

Sunday, May 13, 2012

Blog PIBG MOZAC 2012

Tahniah diucapkan kepada semua AJK PIBG tahun 2012 kerana telah dapat menghasilkan satu blog yang berguna ini. Berikut adalah paparan blog berkenaan.
Ke Blog PIBG Sementara itu Koperasi Mozac mengeluarkan kenyataan berikut untuk rujukan ibu/bapa/penjaga. Berikut adalah pecahan bayaran kooperasi untuk tahun 2012

Saturday, May 12, 2012

Mesyuarat & Taklimat PBS Sekolah 1

Usai acara merentas desa, semua guru hadir untuk satu taklimat berkenaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Taklimat disampaikan oleh SU Peperiksaan Menengah Rendah, Pn. Syukriah. Pada mesyuarat ini juga telah diagihkan AJK PBS Sekolah 2012 serta tugas dan tanggungjawab masing - masing selain menetapkan dasar PBS peringkat sekolah

Merentas Desa 2012

Pada Sabtu 12 Mei 2012 telah diadakan acara merentas desa di MOZAC. Berikut adalah keputusan untuk setiap kategori dan secara keseluruhan Lelaki A 1. Bendahara 2. Syahbandar 3. Laksamana 4. Temenggung Lelaki B 1. Temenggung 2. Syahbandar 3. Laksamana 4. Bendahara Lelaki C 1. Laksamana 2. Temenggung 3. Syahbandar 4. Bendahara Perempuan Senior 1. Laksamana 2. Syahbandar 3. Bendahara 4. Temenggung Perempuan Junior 1. Temenggung 2. Laksamana 3. Syahbandar 4. Bendahara Keseluruhan 1. Temenggung ( 1228 mata) 2. Laksamana ( 1210 mata) 3. Syahbandar ( 1187 mata) 4. Bendahara ( 830 mata) Tahniah diucapkan kepada semua elajar yang telah mengambil bahagian dan menyumbangkan mata kepada rumah masing - masing.

Wednesday, May 9, 2012

Kembara Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Mozac dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri Melaka telah mengadakan program Kembara Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam pada 8 mei 2012 mulai jam 9.30 pagi hingga jam 4.00 petang. Program ini dimulakan dengan ucapan ayahanda pengetua, diikuti dengan ceramah Motivasi Kecemerlangan oleh Dr Syer Kawi Bin Jaafar.Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pengarah Pengurusan Psikologi JPA Dr. Aris bin Kasan. Ucapan perasmaian penutup dan penyampaian cenderamata serta sumbangan kepada anak yatim oleh telah dilakukan oleh YDP PIBG MOZAC, EN Roslan Md Nong.Program telah dihadiri oleh semua pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4. Sementara itu pula disebelah petangnya semua pelajar tingkatan 5 teah menghadiri taklimat Biasiswa dan Penajaan daripada JPA.

Saturday, May 5, 2012

Hujung Minggu @ MOZAC

Seperti minggu - minggu sebelumnya, hujung minggu pertama bulan Mei di MOZAC juga meriah dengan pelbagai aktiviti. Para pelajar tingkatan 3 dan 5 MOZAC telah menghadiri suatu program motivasi - Smart Study memory Skills yang telah dikendalikan oleh Osman Affan Smart Study & Consultant bermula pada pukul 8.30 pagi - 4.30 ptg. Diharapkan teknik belajar dan motivasi yang diberikan dapat membantu para pelajar MOZAC untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM 2012.
Usai program tersebut, Dewan Sultan Muzaffar Syah, dipenuhi pula dengan kehadiran alumni MOZAC dari tahun 77 - 79 yang berkumpul di MOZAC bersama ahli keluarga masing - masing. Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua ex MOZAC dan semoga hubungan baik alumni dan sekolah dapat di teruskan untuk kebaikan bersama.

Bravo Muzaffarians

Para pelajar MOZAC sememangnya hebat apabila telah berjaya dalam beberapa pertandingan yang dijalankan sepanjang bulan April. Pasukan bola sepak B 15 MOZAC telah menjadi juara kawasan Ayer Keroh sementara pasukan bola sepak B 18 tahun pula berjaya mendapat tempat kedua.
Tiga orang pelajar MOZAC iaitu Sarah Nur Ain Omar, Nur Syahirah Ain Omar dan Mardiana Abd Rahim telah menyertai Kapas - Marang International Swimathon 2012 sejauh 6.5 km pada 28 - 29 April 2012. Sarah Nur' Ain telah berjaya menempatkan diri antara 10 perenang terbaik dalam kategori perempuan 12 - 19 tahun. Sementara Nur Syahirah Ain Omar tempat ke 11 dan Mardiana Abd Rahim di tempat ke 13dalam kategori sama

Thursday, May 3, 2012

Selamat Berkhidmat Ditempat Baharu

Seluruh warga MOZAC mengucapkan jutaan terimakasih kepada Cikgu Kamaruddin Bin Katon atas khidmat baktinya di MOZAC dari tahun 1998 hingga 31 April 2012. Cikgu Kamaruddin akan pertugas sebagai Pensyarah Muzik (DG 48) di Institute Perguruan Perempuan Melayu Melaka. All The Best Cikgu !! Kenang kami dalam doamu.

Semalam yang Sibuk ....

Pada 2 Mei telah berlangsung satu Proses Pembelajaran Secara Sidang Video Sempena Pendaftaran Murid Baru di SMS Batu Pahat.Sidang Video ini melibatkan empat buah sekolah iaitu di antara Sek Tun Fatimah Johor Bahru, Sek Seri Puteri Cyberjaya , MOZAC, dan juga SMS Batu Pahat. Proses Pembelajaran Sidang Video ini bermula jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi dan dikendalikan oleh Guru Cemerlang dari ketiga-tiga sekolah di sekolah masing-masing dan melibatkan matapelajaran Additional Mathematics.
Selepas sesi pembelajaran itu ketiga-tiga sekolah telah menyaksikan Siaran langsung Majlis Perasmian SMS Batu Pahat melalui sidang video ini. Tetamu Kehormat ialah YB Dr Hj Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Didalam majlis tersebut YB telah menjawab beberapa persoalan melibatkan SBP dan kelengkapkan sidang video yang dikemukan oleh pelajar-pelajar SBP dari ketiga-tiga sekolah. Majlis berakhir pada jam 10.50 pagi.


Pada jam 11.00 pagi  pula MOZAC telah menerima Lawatan Penandaarasan dari Majlis Pengetua-Pengetua Daerah Johor Bahru . Tujuan lawatan adalah untuk berkongsi pengalaman ke arah melahirkan Sekolah Berprestasi Tinggi.


Sementara itu Asrama MOZAC juga telah dipantau untuk Anugerah Asrama Terbilang  tahun 2012 oleh JNJK negeri melaka dan pegawai-pegawai dari BPSBPSK. Didoakan tahun ini MOZAC boleh mendapat anugerah ini.

Hari Anugerah Cemerlang & Asrama Terbuka 2012

Hari Anugerah Cemerlang & Asrama Terbuka 2012 telah diadakan pada 28 April 2012. Semua pelajar cemerlang tingkatan 1,2 dan 4 2010 telah menerima hadiah yang disampaikan oleh ibubapa masing-masing. Sementara itu seramai 105 pelajar cemerlang PMR 2011 telah menerima anugerah daripada YDP PIBG, En. Roslan Mat Nong dan YDP Alumni En. Halim. Tetamu kehormat MAC 2012 Yang Berhormat Datuk Hj. Naim b. Abu Bakar, Pegawai Kewangan Negeri, Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan, Negeri Melaka telah menyampaikan anugerah kepada 51 orang pelajar cemerlang SPM 2011. Pelajar Terbaik PMR 2011 ialah Nur Hidayatul Nadia binti Hasmi sementara pelajar terbaik SPM 2011 ialah Meor Akhmal Ezuddin b. Meor Hashimi.

Hari Terbuka Asrama telah diadakan pada hari yang sama dimana para pelajar dan ibu bapa berpeluang untuk melihat kamar - kamar di asrama putera dan puteri. Para pelajar dan guru rumah masing - masing telah menghias kamar dan penilaian sempena hari Asrama Terbuka akan dijalankan selama seminggu. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada MOZAC kerana telah terpilih ke peringkat ketiga penilaian Anugerah Asrama Terbilang 2012 (AAT) yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Lawatan Nazir sempena Tawaran Baru Pengetua

Syukur Alhamdullilah MOZAC sekali lagi telah diverifikasi oleh JNJK  untuk tawaran baru pengetua. Skor komposit pada tahun ini adalah 91.98 melepasi skor komposit 88 untuk sekolah yang layak diverifikasi. Kedudukan sekolah adalah tempat ke 11 daripada 2248 buah sekolah menengah seluruh negara. Disamping itu juga pihak NKRA telah memberi taraf sekolah kita sebagai sebuah sekolah yang mendapat  Exceed Target (ET) dari segi KPI Sekolah Berprestasi Tinggi dengan markah 81. Marilah bersama-sama kita berdoa agar MOZAC sekali lagi layak mendapat Tawaran Baru Pengetua untuk tahun 2011.

Panca D'5 2012

Panca delima tahun  ini telah diadakan pada 20- 22 April . Pada kali ini pelajar-pelajar tingkatan telah mengadakan jualan ala pasar malam untuk mengutip sejumlah dana. Dana tersebut akan disumbangkan semula kepada pihak sekolah dan berjumlah RM 7,200.00. Seluruh warga sekolah mengucapkan jutaan terimakasih kepada pelajar-pelajar tingkatan 5. .

Wednesday, May 2, 2012

MIYIO & i_ENVEX 2012

Pertandingan MALAYSIAN INTERNATIONAL YOUNG INVENTORS OLYMPIAD (MIYIO) 2012 AND INTERNATIONAL ENGINEERING INVENTION & INNOVATION EXHIBITION (i_ENVEX) 2012tersebut telah diadakan di Dewan 2020 , Kangar, Perlis pada 26 - 29 April 2012. MOZAC telah menghantar 2 pasukan ke pertandingan tersebut dan berikut adalah butiran peserta dan kejayaan yang dicapai. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar danguru terbabit kerana MOZAC telah berjaya membawa pulang 1pingat emas dan 1 pingat gangsa untuk MIYIO. MOZAC juga berjaya membawa pulang 1 pingat emas untuk i-ENVEX.


MIYIO GOLD MEDAL AND iENVEX GOLD MEDAL
Peserta: Imran bin Bustan, Muhammad Rais bin Ishak
Tajuk: Peeling Dyes: The Use of banana peel (Musa sapientum) based Activated Carbon for Methylene Blue Removal .
Guru Pembimbing : Pn. Norhayati bte Mohd Nor

MIYIO BRONZE MEDAL
Peserta: Muhamad Nazeem bin Mohd Nizam, Ahmad Hanif bin Rosli
Tajuk: Solaris Ventus Pest Repellent
Guru pembimbing : Pn. Nurul Ain Tay bt Abdullah